Sunday, 6 October 2013

Kambing Golek Tok Mat ke Kelantan November 2013


Kambing Golek Tok Mat memulakan operasi dengan menerima tempahan sekitar Alor Setar, Jitra, Pendang, sehingga ke Baling, dan seluruh Perlis. Mulai November 2013, atas permintaan yang menggalakkan dari sana maka Kambing Golek Tok Mat akan meluaskan pengaruhnya dan menyebarkan kesedapannya ke KELANTAN. 

Tempahan dari Kelantan akan dibuka mulai November 2013! 

Harga kambing golek untuk warga Kelantan akan diumumkan kemudian.

Tunggguuuuu....

Penjenamaan Kambing Golek Tok Mat

Alhamdulillah. Dengan izin dan kurnia kami sudah ke tahap penjenamaan kambing golek kami. 

Kini dikenali dengan nama Kambing Golek Tok Mat, masih mengekalkan resepi tradisi. Menggunakan belasan jenis rempahan yang kami yakini mampu menghasilkan kambing golek yang berjus ( juicy kata orang putih) dan penuh perisa. 

Daging diperap dua kali semalaman dengan bahan rahsia yang menjamin rasa rempahan menyerap hingga ke tulang. Jangan risau. Tiada sebarang bahan kimia digunakan hanyalah rempahan segar dan asli sahaja.

Digolek dan dihidang terus kepada tetamu anda. Pasti akan menjadi antara titik tumpuan kepada mereka yang inginkan kelainan kepada majlis mereka. Dihidang dengan 3 jenis sos yang bersesuaian dengan kambing golek yang panas dan berjus. 

Tempahan dibuka kepada semua majlis, akikah, kenduri perkahwinan, rumah terbuka, malahan reunion dan apa sahaja majlis. Harga bermula RM950 (bergantung kepada saiz kambing). Side dishes seperti garlic bread, mash potato atau coleslaw juga disediakan atas permintaan dengan sedikit caj tambahan.

Tempahan untuk sebarang masakan kambing yang lain seperti kari dan kurma atau apa sahaja juga disediakan. Harga bermula RM250 untuk setiap masakan seekor kambing. Tanya sahaja pada kami sekiranya berminat.

Untuk pertanyaan dan tempahan boleh hubungi 019-6627811 (En Ammar) atau 012-4629743 (En Yusoff). Tempahlah segera untuk book tarikh anda. Deposit hanyalah serendah RM100 untuk kami lock tarikh anda.




Tempahlah segera untuk mengelakkan kekecewaan. Hubungi 019-6627811 (En Ammar) atau 012-4629743 (En Yusoff).